JADUAL SELAM SKUBA - SCUBA DIVE TABLE
Monday, 12 September 2011
Selam scuba di tasik 1.1
Selaman di tasik ni banyak menguji penelitian , kesabaran Dan banyak menuntut Keberanian . Sangkaan orang selaman di tasik ni macam kat laut, tetapi bila dah selam Dan berada jauh ke dalam tasik semua sangkaan tu meleset. Dulu aku fikir macam tu jugak, rupanya bila Kita berada dalam tasik, bulu Roma meremang , seram sejuk macam masuk rumah hantu . Ataupun Bolehla aku kaitkan dengan takut malam pertama kahwin.Hoho ye ke . Kalau nak tahu tryla selam tasik.
Disini aku rasa tempt yang sesuai untuk aku kongsi pengalaman aku yang tak banyak ni mungkin boleh jadi pedoman kalau terlintas kat hati kengkawan semua sekiranya nak selam tasik.
Kelengkapan
- pisau = tak kira kecil atau besar tetapi yang paling mustahak bersesuaian dengan selaman dan keadaan. Kalau nak beli pisau potong daging, timun atau potong kek tidak digalakkan. Terima kasih.
- second regulator = perlu sebagai bantuan khusus sekiranya primary regulator rosak. Bukan itu sahaja , ia juga dapat membantu kawan selaman kita (buddy) sekiranya kekurangan udara atau ada masalah kelengkapan lain. SR juga boleh digunakan sebagai peralatan tambahan/sokongan kepada peralatan lain.
- lifting bag = perlu sekiranya kita perlu membawa khazanah yang kita jumpa didasar tasik ataupun sebagai keperluan kecemasan lain yang mungkin kita tidak tahu akan berlaku.
- hud kepala = fungsi sama seperti wetsuit scuba iaitu melindungi kepala dari kesejukan dan keadaan tasik yang kita tak dapat duga .
Kemahiran yang perlu
- advance open water diver = kemahiran minima yang perlu ada untuk selaman di tasik . Sekiranya anda hanya ada kemahiran open water sahaja , perlu ada pengawasan dari divemaster.
- imbangan dalam air yang baik (buoyancy) = perlu untuk tidak mengeruhkan air tasik semasa berada di dasar tasik. Keruh sedikit tidak memadai sekiranya ia tidak mengganggu selaman scuba.
Prosedur selaman
- prosedur sebelum selaman semuanya sama dimana sahaja kita selam. Cuma yang kita perlu tekankan ialah perhatian yang menyeluruh dari segi aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas selaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)